Mutiara Ilmu Book


ALAM RAYA Enterprise
Kedai Buku “MUTIARA ILMU“
No.21, Jalan 65C, 0ff Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre,
53000 Kuala Lumpur
Telp :    +6… , Facs :  603-40240320, sms :    +6012-…
HP :       +6…   , email : manja58@yahoo.com
Website : http://www.arbuku.wordpress.com
Alam Raya Enterprise yang ditubuhkan pada 9 November 1987 dan kini menjangkau hampir 22 tahun, ditambah dengan kehadiran kedai bukunya Mutiara Ilmu (Jawahirul ‘Ilmu) yang diasaskan pada 9 Mei 2006, tetap bergerak dalam bidang buku, penyebaran ilmu, wacana pemikiran dan akan melangkah ke arena media kreatif lainnya. Beberapa tahun belakangan ini kami begitu rancak memasarkan buku-buku Indonesia; yang terbaru, terkini dalam segala bidang dan aspek keilmuan, mulai buku-buku Islam ; Ushuluddin, Tafsir, Hadis, dan berbagai pemikiran ulama muktabar, sebutlah Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyah, Imam An Nawawi, Imam Mazhab yang empat, sampai kepada ulama dan cendikiawan besar mutaakhir seperti Al Imam Hasan Al Banna, Syed Qutb, Prof Dr Yusuf al Qaradhawy, Dr Moehammad Natsir, Prof Dr Hamka.
Disaat ini sedang dipasarkan tafsir-tafsir Al Qur’an karya ulama-ulama muktabar seperti Tafsir Ibnu Katsir karya Mufassir Besar Ibnu Katsir, Tafsir Imam Syafii karya Al Imam Asy Syafi’i, Tafsir Fi Zilalil Qur’an karya Asy Syahid Syed Qutb, Tafsir Sya’rawi karya Syekh Muhammad Mutawally Sya’rawi, Tafsir Al Qurthubi, Tafsir At Thabari, Tafsir Muyassar karya Dr Aid Abdullah Al Qarni,Tafsir Al Azhar karya Prof Dr Hamka, Tafsir Al Misbah karya Prof Dr Quraish Shihab, dilengkapi dengan kitab-kitab hadis Fathul Barr, kitab-kitab hadis shahih lainnya, Fikih Sunnah dan lain-lain. Tafsir-tafsir juga dilengkapi dengan Ensiklopedi Kemukjizatan Sains dalam Al Qur’an dan Sunnah, Ensiklopedi Dalil-dalil Hukum dalam Al Qur’an dan As Sunnah.
Selain itu kami juga memasarkan buku-buku bermutu dari Indonesia, dalam pelbagai bidang; buku-buku dakwah, harakah, tarbiyah, wanita dan kanak-kanak, sains dan teknologi, terutama yang berkaitan dengan Islam,sastra, budaya, sejarah,motivasi, ekonomi dan poerbankan Syariah, ilmu politik dan analisa politik Indonesia dan antarabangsa, akhlaq-adab-tasawuf dan buku-buku ilmiah populer lainnya, dan tentunya majalah-majalah hebat dari Indonesia; Suara Hidayatullah, Sabili, Al Mujtamak, Ummi-Annida, Tarbawi, Gozian dan majalah-majalah terkenal seperti Tempo, Gatra, Forum Keadilan, akhbar Jawa Pos, akhbar Koran Tempo, dan tabloid Bola, juga tidak lupa ada National Geografi versi Indonesia, Al Kisah, Hidayah dan banyak lagi

No comments:

Post a Comment